Thursday, November 6, 2008

SEPAKTAKRAW


Gambar aku tahun 2005

Sepaktakraw......
- Sukan yang aku gilakan sejak di bangku sekolah lagi,
- Sukan yang telah membantu aku mendapat kerja di UTeM,
- Sukan yang membolehkan aku merantau ke negeri orang
- Sukan yang telah merealisasikan impian aku untuk mewakili negeriku

Sebut saja pasal takraw aku terkenang zaman aku berkecimpung dalam sukan ini,tapi sekarang semuanya tinggal kenangan, aku serius tentang sukan ini selepas tamat sekolah menengah,zaman sekolah aku hanya diletakkan sebagai pemain gantian sahaja apa bila kejohanan peringkat sekolah..namun apabila tamat sahaja sekolah, aku mengikuti latihan di kampungku iaitu Kampung Morten, Kampung Morten sememangnya terkenal didalam sukan sepaktakraw,ramai pemain yang berasal dari Kampung Morten bermain untuk Pasukan Negeri Melaka.Pada awal traning, aku cuma dapat bermain apabila hari sudah gelap keranan ramai pemain lama bermain di situ,apa yang coach aku suruh buat cuma timang bola,timang bola,timang bola.....nak dapatkan main dalan court kena laah tunggu maghrib....kat sini aku nak ucapkan Jutaan terima Kasih kat Jurulatih aku iaitu saudara Latip atau dikenali dengan panggilan STAR, star ini laah yang mengajar aku, mendidik aku,dia jugak yang bertanggungjawab atas prestasi aku.walaupon pada awalnya aku tak faham kenapa aku disuruh timang bola...tapi sekarang aku cukup mengerti sebabnya,asas untuk permainan sepaktakraw adalah mengawal bola, mengambil first ball, mengumpan,jika itu yang basic kita tak boleh nak buat,susah untuk kita apabila bermain di gelanggang..selepas sebulan asik menimang bola, aku dan pelatih yang baru disuruh untuk turun latihan seawal jam 4 petang,ini kerana jam 5 pemain yang lama akan menggunakan gelanggang yang sama.dari jam 4 sampai jam 5 kami semua diberi latihan penguasaan gelanggang, servis, libasan sehingga laah kami semua menampakkan peningkatan, selepas itu barulah seorang demi seorang diberi peluang untuk bermain dengan orang lama...betul kata orang, kalau nak jadi baik, berlatihlah dengan orang yang baik....lama kelamaan permainan aku setaraf pemain lama,selepas latihan mestilah memasuki pertandingan, aku masih ingat apabila aku dihantar untuk mewakili kelab sepaktakraw kampung morten atau lebih dikenali sebagai KERIS EMAS, pertandingan itu berlangsung di Pasir Puteh Bachang (SURYA BACHANG ). Esok nak game, ari nie aku dah susah nak tido...asik terpikirkan apa yang bakal terjadi esok...gementer, gelisah, takut, risau, gugup semua ada pada aku semasa pertandingan itu..hasilnya aku tewas dengan mudah pada peringkat awal....
selepas itu aku meningkatkan latihan aku dengan menggantung bola di hadapan rumah melakukan servis, berurut bertujuan untuk kangkangan yang lebih besar supaya boleh servis dengan baik. Macam-macam yang aku buat untuk memastikan aku boleh bersaing di kejohanan yang akan datang..Selepas itu pertandingan Belia 4B bawah 20 tahun diadakan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka, Disitulah nama aku telah dikenali oleh peminat, pemain, pemerhati sukan sepaktakraw negeri Melaka, regu aku berjaya menjadi naib johan kejohanan itu, Regu aku juga telah menewaskan regu yang dianggap favorite dalah kejohanan itu iaitu regu dari Klebang. Semasa majlis penyampaian hadiah kejohanan aku di istiharkan sebagai Tekong Terbaik Kejohanan, selepas itu lahirlah tekong yang dikenali sebagai BOBOY, zaman aku dulu tiap tiap minggu ada je game yang dianjurkan....kebanyakan game yang aku masuk selepas itu akan membawa kejayaan, pada tahun 1998 aku terpilih untuk mewakili Melaka dalam Kejohanan SUKMA di Selangor,selepas kejohanan SUKMA, aku diserap untuk Mewakili MELAKA untuk kejohanan Grand Prix di seluruh malaysia, Dengan bermain sepaktakraw juga aku dapat menjejakkan kaki ke Labuan dan Sarawak..tahun 2000 aku menjadi Regu harapan menggalas nama MELAKA ke kejohanan SUKMA di Pulau Pinang,tapi Melaka hanya mendapat tempat keempat sahaja dalam kejohanan itu.Aku juga mewakili MAKSAK Melaka ke kejohanan yang dianjurkan Oleh MAKSAK Malaysia, Impian aku untuk mewakili negeriku sudah tercapai, yang tinggal hanya untuk mewakili Negara, pada tahun 2003 aku dipanggil untuk menjalani sesi pemilihan Pasukan Negara bertempat di Negeri Kelantan, 2 pemain Melaka dipilih untuk menjalani pemilihan tersebut, Seramai 36 pemain dari seluruh negeri dikumpulkan untuk mencari pemain yang akan mewakili negara. Peluang yang ada aku tidak lepaskan dan aku telah terpilih dari 36 pemain yang datang, Aku amat Bersyukur sebab di makbulkan juga impian aku untuk mewakili Negara bersama tekong idola aku iaitu Normanizam. Walaupon tidak lama beraksi untuk Negara,impian aku sebenarnya sudah tercapai,tahun 2003 juga aku menamatkan zaman bujang aku semasa di dalam kem latihan, selepas bali dari Piala Raja Thai di Phatalung Thailand, aku memutuskan untuk tidak pergi ke kem seterusnya untuk latihan pusat ke Sukan SEA - ViETNAM.
Sekarang aku bekerja di Jabatan Sukan & Rekreasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) sebagai Pembantu Belia & Sukan, di sini aku dilantik sebagai penyelaras pasukan sepaktakraw UTeM,Sekarang aku bermain sepaktakraw untuk tempat keje aku jek...


apa apa pon
MAJULAH SEPAKTAKRAW UNTUK NEGARA

1 comments:

Unknown said...

Boi!
Jom veteran!