Tuesday, November 25, 2008

Lepas Rindu Aku


Semalam terubat laah rindu aku kat anak sulung aku Zuhairy,apa taknye, dekat 2 minggu tak jumpa dia...kalau aku tak angkat dia kat muar semalam mesti sebulan aku tak jumpa dia sbb aku nak gi peneng esok malam,bila time aku call dia mesti dia cakap suruh angkat dia...dia pon mesti rindu kat daddy dia ni..semalam gak aku uruskan pendaftaran sekolah tadika dan sekolah rendah dia...sekolah tadika jaim dan sekolah rendah arab..harap2 dia jadilaah insan yang berguna kelak...aku rasa ayat nie pon yang mak aku doakan bila hantar aku kat sekolah tadika, sek rendah, sekolah menengah...semua ibu bapa kita mesti berharap anak dia jadi orang yang berguna...sekarang bila aku dah berkeluarga, dah anak anak,baru aku tau harapan ibu bapa kat anak dia...

Saturday, November 22, 2008

Rindunye Aku Kat Anak Aku


Hari nie masuk 9 hari aku tak jumpa anak pertama aku ZUHAIRY, bila dok sorang2 teringat aku kat dia,Sejak dia sambut hari jadinye di muar 13/11 lalu,dia tinggal ngan makcik aku kat sana...aku pon hujung bulan nie ngan awal bulan depan sibuk dngan program tempat keje aku...kalau aku angkat dia skrg kesian plak kat isteri aku nak kene jaga 2 orang anak masa aku takde,tak tau laah bila aku nak angkat dia...

Thursday, November 20, 2008

Performance Rubber And Blade for Ping Pong



kat sini aku letakkan maklumat mengenai penggunaan getah ngan blade dalam sukan ping pong

Friday, November 14, 2008

SELAMAT HARI JADI AHMAD ZUHAIRY




Semalam 13/11/08 genap umur anak aku 4 tahun.
kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI YANG KE 4 TAHUN, SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI, DISIHATKAN KESIHATAN....
SEMALAM JUGAK IALAH HARI JADI MAKCIK AKU YANG JAGA ZUHAIRY DARI KECIK,JADI MAJLIS HARI JADI ZUHAIRY TAHUN NIE DIADAKAN DI RUMAHNYE DI MUAR,

Tuesday, November 11, 2008

Hari Pertama Training Sepaktakraw


Arie ni Hari pertama latihan pasukan Sepaktakraw UTeM, Kedatangan amat menggalakkan selepas Pengurus Pasukan Ahmad Zaki Abdullah menghantar email kepada seluruh warga UTeM memaklumkan jadual latihan pasukan UTeM,Ramai gak muka2 baru yang aku tak pernah tengok sebelum ni...bagi aku nie satu petanda yang amat baik sekalai bagi Pasukan Sepaktakraw UTeM
setelah sekian lama aku tak training,nampak ketara sangat kejatuhan dari segi Servis, Kawalan Bola dan hantaran..memang aku akui kemerosotan permainan aku hari nie...nie hari pertama aku mula berlatih,biasanya dalam sebulan aku akan dapat TIUN aku balik....
harap2 esoknye kedatangan sama atau bertambah ...ok aku nak mandi plak...nie baru balik training ni,

Latihan Sepaktakraw UTeM


Hari ini 11/11 akan diadakan latihan Pasukan Sepaktakraw UTeM bagi menghadapi Kejohanan Sekan Staf Antara Universiti yang akan diadakan pada bulan Mei 2009 bertempat di UMT, Terengganu..Latihan ini bertempat di Kompleks Belia & Sukan Ayer Keroh Melaka,Aku telah diamanahkan oleh Kelab Sepaktakraw Staf UTeM untuk melatih pasukan ini..Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pasukan akan aku Galas dengan rasa tanggungjawab.

Target aku untuk pasukan nie ialah :-
# DAPAT MENGEKALKAN KEJUARAAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW SUKAN MELAKA YANG TELAH DISANDANG SELAMA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
# DAPAT SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH AKHIR KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA
# MENJUARAI SEKURANG-KURANGNYA 3 KEJOHANAN TERBUKA/TERTUTUP MELAKA

Thursday, November 6, 2008

SEPAKTAKRAW


Gambar aku tahun 2005

Sepaktakraw......
- Sukan yang aku gilakan sejak di bangku sekolah lagi,
- Sukan yang telah membantu aku mendapat kerja di UTeM,
- Sukan yang membolehkan aku merantau ke negeri orang
- Sukan yang telah merealisasikan impian aku untuk mewakili negeriku

Sebut saja pasal takraw aku terkenang zaman aku berkecimpung dalam sukan ini,tapi sekarang semuanya tinggal kenangan, aku serius tentang sukan ini selepas tamat sekolah menengah,zaman sekolah aku hanya diletakkan sebagai pemain gantian sahaja apa bila kejohanan peringkat sekolah..namun apabila tamat sahaja sekolah, aku mengikuti latihan di kampungku iaitu Kampung Morten, Kampung Morten sememangnya terkenal didalam sukan sepaktakraw,ramai pemain yang berasal dari Kampung Morten bermain untuk Pasukan Negeri Melaka.Pada awal traning, aku cuma dapat bermain apabila hari sudah gelap keranan ramai pemain lama bermain di situ,apa yang coach aku suruh buat cuma timang bola,timang bola,timang bola.....nak dapatkan main dalan court kena laah tunggu maghrib....kat sini aku nak ucapkan Jutaan terima Kasih kat Jurulatih aku iaitu saudara Latip atau dikenali dengan panggilan STAR, star ini laah yang mengajar aku, mendidik aku,dia jugak yang bertanggungjawab atas prestasi aku.walaupon pada awalnya aku tak faham kenapa aku disuruh timang bola...tapi sekarang aku cukup mengerti sebabnya,asas untuk permainan sepaktakraw adalah mengawal bola, mengambil first ball, mengumpan,jika itu yang basic kita tak boleh nak buat,susah untuk kita apabila bermain di gelanggang..selepas sebulan asik menimang bola, aku dan pelatih yang baru disuruh untuk turun latihan seawal jam 4 petang,ini kerana jam 5 pemain yang lama akan menggunakan gelanggang yang sama.dari jam 4 sampai jam 5 kami semua diberi latihan penguasaan gelanggang, servis, libasan sehingga laah kami semua menampakkan peningkatan, selepas itu barulah seorang demi seorang diberi peluang untuk bermain dengan orang lama...betul kata orang, kalau nak jadi baik, berlatihlah dengan orang yang baik....lama kelamaan permainan aku setaraf pemain lama,selepas latihan mestilah memasuki pertandingan, aku masih ingat apabila aku dihantar untuk mewakili kelab sepaktakraw kampung morten atau lebih dikenali sebagai KERIS EMAS, pertandingan itu berlangsung di Pasir Puteh Bachang (SURYA BACHANG ). Esok nak game, ari nie aku dah susah nak tido...asik terpikirkan apa yang bakal terjadi esok...gementer, gelisah, takut, risau, gugup semua ada pada aku semasa pertandingan itu..hasilnya aku tewas dengan mudah pada peringkat awal....
selepas itu aku meningkatkan latihan aku dengan menggantung bola di hadapan rumah melakukan servis, berurut bertujuan untuk kangkangan yang lebih besar supaya boleh servis dengan baik. Macam-macam yang aku buat untuk memastikan aku boleh bersaing di kejohanan yang akan datang..Selepas itu pertandingan Belia 4B bawah 20 tahun diadakan oleh Persatuan Sepaktakraw Negeri Melaka, Disitulah nama aku telah dikenali oleh peminat, pemain, pemerhati sukan sepaktakraw negeri Melaka, regu aku berjaya menjadi naib johan kejohanan itu, Regu aku juga telah menewaskan regu yang dianggap favorite dalah kejohanan itu iaitu regu dari Klebang. Semasa majlis penyampaian hadiah kejohanan aku di istiharkan sebagai Tekong Terbaik Kejohanan, selepas itu lahirlah tekong yang dikenali sebagai BOBOY, zaman aku dulu tiap tiap minggu ada je game yang dianjurkan....kebanyakan game yang aku masuk selepas itu akan membawa kejayaan, pada tahun 1998 aku terpilih untuk mewakili Melaka dalam Kejohanan SUKMA di Selangor,selepas kejohanan SUKMA, aku diserap untuk Mewakili MELAKA untuk kejohanan Grand Prix di seluruh malaysia, Dengan bermain sepaktakraw juga aku dapat menjejakkan kaki ke Labuan dan Sarawak..tahun 2000 aku menjadi Regu harapan menggalas nama MELAKA ke kejohanan SUKMA di Pulau Pinang,tapi Melaka hanya mendapat tempat keempat sahaja dalam kejohanan itu.Aku juga mewakili MAKSAK Melaka ke kejohanan yang dianjurkan Oleh MAKSAK Malaysia, Impian aku untuk mewakili negeriku sudah tercapai, yang tinggal hanya untuk mewakili Negara, pada tahun 2003 aku dipanggil untuk menjalani sesi pemilihan Pasukan Negara bertempat di Negeri Kelantan, 2 pemain Melaka dipilih untuk menjalani pemilihan tersebut, Seramai 36 pemain dari seluruh negeri dikumpulkan untuk mencari pemain yang akan mewakili negara. Peluang yang ada aku tidak lepaskan dan aku telah terpilih dari 36 pemain yang datang, Aku amat Bersyukur sebab di makbulkan juga impian aku untuk mewakili Negara bersama tekong idola aku iaitu Normanizam. Walaupon tidak lama beraksi untuk Negara,impian aku sebenarnya sudah tercapai,tahun 2003 juga aku menamatkan zaman bujang aku semasa di dalam kem latihan, selepas bali dari Piala Raja Thai di Phatalung Thailand, aku memutuskan untuk tidak pergi ke kem seterusnya untuk latihan pusat ke Sukan SEA - ViETNAM.
Sekarang aku bekerja di Jabatan Sukan & Rekreasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) sebagai Pembantu Belia & Sukan, di sini aku dilantik sebagai penyelaras pasukan sepaktakraw UTeM,Sekarang aku bermain sepaktakraw untuk tempat keje aku jek...


apa apa pon
MAJULAH SEPAKTAKRAW UNTUK NEGARA

Wednesday, November 5, 2008

Hargailah Isteri Kita

Hargailah isteri kita......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Tuesday, November 4, 2008

TensioN

Adush...sakit pale aku bila nak on YM tak bleh.....skrang nie opis aku dah dah tak gunakan Streamyx lagi disebabkan Pusat Komputer Utem telah berpindah ke Kampus tetap yang aku sedang diami ni...awal kemasukan opis aku ke kampus tetap menggunakan sreamyx coz pusat komputer maih beroperai di kampus Industri..
Tapi sekarang semuanya sudah berubah......pagi ni aku baru tau opis aku telah ditamatkan penggunaan steamyx...byk web yang di blok oleh pusat komputer..
DUNIA TANPA SEMPADAN DAH TAK BOLEH AKU KECAPI SEKARANG NIE...NAK DOWNLOAD LAGU PON TAK BOLEH....