Salam semua..buat sekian kalinye aku pegi keje pakai baju melayu dari rumah....selalu pegi keje ngan baju tak masuk dalam le...ngan selipar le...nie nampak bergaya sikit laah,tapi....sampai je kat opis..kawan2 aku semua nye tak pakai baju melayu, ada yang janji nak pakai baju melayu...tapi hampeh...nasib baik ada gak orang dari pejabat lain yang pakai baju melayu, kalau tak segan aku sorang2 pakai baju nie..
jap lagi aku nak pi makan ngan member kat sini..tak tau laah dapat makan apa jap lagi, satay aku tgk dah bakar dah..
ok leh..aapa apa pon...
selamat berhari raya yek...
Wednesday, October 15, 2008
Jamuan Hari Raya
Labels: baju melayu, selamat hari raya, utem
Posted by boboiz at 10:06 AM 0 comments
Tuesday, October 14, 2008
Beri Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan, Satu Penghinaan Buat Rakyat Melaka


Aku sebagai Anak jati Negeri Melaka tidak bersetuju dengan pengurniaan gelaran dato kepada Shah Rukh KHan...walaupon aku meminati lakonannya... bagi aku ramai lagi anak negeri melaka ataupon warganegara MALAYSIA yang boleh diberi gelaran tu....
Labels: dato, melaka, shah rukh khan
Posted by boboiz at 7:37 PM 0 comments
Rs front bumper complete with chrome grill

Semalam aku pegi temankan kawan aku pegi tengok kete dia yang eksident masa raya tu....lepas tgk kete pegi laah kedai kete potong....saje jek...tertanya plak bumper kenari rs...bumper tu memang dah lama aku idamkan...sejak zaman...kaye dulu, heheh
rege die rm 1650.00 bukan tak bleh beli,kalau beli nak spray lagi...kaler kete aku kaler biru belang silver,aku target nak spray balik kete aku..color tu tak tau lagi....mungkin colur putih atau hitam,
kene tunggu dulu laah nak beli bumper tu...
tunggu duit cukup.....kalau ada org nak sponser bleh gak .heheh
Arie Nie Dah Keje Dah...
Ari Nie aku dah masuk keje dah...boring sgt...lama dah aku bercuti rasa nak bercuti bergaji jek...kalau x bergaji itu nama nye kene berenti keje....perut sakit x baik-baik lagi...ubat dah makan,tapi asik memulas je dari tadi....
arie nie masuk keje je dah ada keje yang menanti aku....
nak kene uruskan penyertaan silat kau UPSI, nasib baik penginapan budak opis tolong tempahkan, duit pendahuluan pon dah minta,tunggu dapat je dari pihak bendahari..hari Khamis nie bertolak ke sana...sampai hari ahad..lagi pon aku blum pernah lagi pegi UPSI, keje macam aku nie camnie lah...kadang2 sibuk,kadang2 langsung xde keje...
Posted by boboiz at 8:23 AM 0 comments
Sunday, October 12, 2008
i'M BaCk....




Salam semua....ari nie ahad.....aku baru balik dari sungai petani kedah......
Penat tu biasa laah....dah bleh tahan dah...masa baru2 dulu je letih sesangat...
esok aku malas nak pegi keje...kat sini aku nak cerita sikit pengalaman aku kat kampung isteri aku...SungAI PeTaNi KeDaH DaRuL AmAn,,
aku sampai sekitar kul 5.30 ptg ahad lepas.....sampai jek....lepak2 terus aku masuk tido....malam bangun makan....tahun nie tak byk aku berjalan...coz pak ngan mak mertua aku tak larat....keje aku kat sana makan tido jek....tu pasal kene sakit perut...pengalaman yang tak bleh lupa :
1. patah kerusi rumah anak mak mertua aku masa aku duduk makan kuih raya....
heheeh...malunye tuhan saja yang tau...
2. pak mertua aku nak bagi tanah dia kt bini aku....
3. sakit perut tahap memulas2 nye sebelum balik melaka...
4. Solat Jumaat kat masjid PAS..Khutbah dia lain sikit...tak ikut macam yang jabatan agama islam bagi...
5. tengok orang bersesak sesak semasa pulang semula ke bandar apa bila habis cuti raya ahad lepas 5.10.08...time tu aku plak yang mula balik kampung...jalan menuju ke Kuala Lumpur JEM teruk...
kat sini aku selitkan sikit gambar family aku kat sana..
Saturday, October 4, 2008
Solat Jamak & Qasar
cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
www.familiazam.com
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
Friday, October 3, 2008
Dah Raya Dah...
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.....
dah berapa hari aku tak dapat tengok web aku ne...nak kata sibuk sangattakde laah...tapi internet takde....
hari ahad nie aku akan gerak balik sungai petani...korang doakan keselamatan aku sekeluarga yek....
Posted by boboiz at 9:06 PM 0 comments

