Wednesday, October 15, 2008

BuLuHmas vs HTO

KES NIE MACAM KES HTO YANG TERKENAL KAT NEGERI MELAKA SETAHUN YANG LEPAS......
LEPAS KENE SIASAT OLEH BNM TETAP ADA URA2 DIA AKAN BAYAR BALIK....SIASAT JEK....TAPI SAMPAI SEKARANG NIE...TAKDE APA APA CERITA LAGI YANG AKU DENGAR...

BuluhMas diarah tidak ambil ahli baru

TANJONG KARANG 14 Okt. - Syarikat BuluhMas Sdn. Bhd. (BuluhMas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi pengambilan ahli baru selama tiga bulan.

Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan berkata, arahan itu yang berkuatkuasa semalam turut tidak membenarkan BuluhMas menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, sehingga siasatan selesai.

Bagaimanapun dalam tempoh itu, operasi syarikat berkenaan termasuk jualan runcit menerusi pasar mininya, BuluhMas Mart masih diteruskan seperti biasa.

Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan mengemaskinikan akaun syarikat bagi memudahkan BNM menyiasat syarikat itu yang didakwa melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang melarang individu menerima dan mengambil deposit tanpa lesen.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, kita menghentikan operasi membayar upah dan pengambilan ahli baru sehingga siasatan selesai manakala operasi lain berjalan seperti biasa.

"Kita berharap siasatan dapat diselesaikan lebih awal kerana banyak pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bergantung kepada BuluhMas," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat BuluhMas di Taman Raden Jaya di sini hari ini.

Berpuluh wakil negeri dan promoter BuluhMas menyerbu ibu pejabat itu hari ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkembangan syarikat berkenaan setelah BNM semalam menyerbu empat syarikat dipercayai menjalankan skim cepat kaya menerusi Internet.

0 comments: