Wednesday, October 15, 2008

HTO.....Vs BULUHMAS

yang nie pon sama dengan je dengan buluhmas tu...
bagi yang tak tau laah.....yang tau tu
LU FIKIRLAH SENDIRI!!!! HEHEHEH


2 biras didakwa kes wang haram RM61j

Tertuduh didakwa buat bayaran beli BMW, firma

MELAKA: Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing lebih RM45 juta dan RM16 juta.

Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063, manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.

Mohd Riezuan didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya untuk membayar pinjaman kereta BMW 318i; bayaran pinjaman rumah berkembar dua tingkat di Taman Permatang Pasir Permai, Alai; deposit pembelian rumah kedai tiga tingkat di Taman Semabok Perdana, Semabok; pembelian Restricted Mudharabah Sructured Investment CIMB Islamic Bank; dan pembelian sijil Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit CIMB Bank Berhad.

Dia didakwa melakukan kesalahan antaranya di Public Bank Berhad, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; di CIMB Bank Berhad Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; Malayan Banking Berhad, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah; dan Tactical Plus Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Malim Jaya di sini di antara 1 Oktober 2006 dan 21 Feb 2008.

Basri pula didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram antaranya bagi pembelian Restricted Mudharabah Sructured Investment CIMB Islamic Bank; bayaran deposit pembelian kereta jenis BMW525 Sedan E60; pembelian sijil Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit CIMB Bank Berhad; deposit pembelian rumah berkembar dua tingkat di Taman Permatang Pasir Permai,Alai; pembelian unit amanah HwangDBS Global Infrastructure Fund; dan pembelian unit amanah Mayban Income Trust Fund.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu, di antaranya di HSBC Bank Berhad, Jalan Hang Tuah; CIMB Bank Berhad, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; Malayan Banking Berhad, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah; dan Seong Hoe Premium Motors Sdn Bhd, Jalan Semabok di antara 6 Februari 2007 dan 14 Disember 2007.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang lesen sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.

Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah. � Bernama

0 comments: