Monday, October 20, 2008

Sehati Berdansa Musim ke 2

Tahun nie aku pilih Mazin..sebab mazin kawan masa sekolah Menengah dulu
Sek Men Keb Gajah Berang Melaka...
Kawan mesti sokong kawan kan...hehhe


Sehati Berdansa adalah program hiburan yang menampilkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembah tema tarian yang ditetapkan setiap minggu.

Cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah atau di studio pasti menyentuh jiwa penonton.Penonton juga akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya.

Setiap pasangan akan menari untuk pusat kebajikan yang telah ditetapkan untuk mereka. Penaja akan mendermakan sejumlah wang sekiranya mereka berjaya meneruskan persaingan.

10 selebriti bersama pasangan masing-masing akan menonjolkan bakat terpendam mereka untuk menari. Mereka 20 individu yang datang daripada latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Namun, hanya SATU (1) pasangan selebriti yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa Musim Kedua.

Sasha & Salyo
Pengalaman dalam tarian?
Sasha pernah menyertai kumpulan Elite dan Salyo pernah mengadakan persembahan R&B sebelum menubuhkan kumpulan yang memenangi anugerah iaitu REBEK. Kami berdua gemar menari tetapi tidak pernah terfikir untuk melakukannya secara professional. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik untuk program ini.
*adakah pasangan ini mungkin akan jd juara?? hmm.. no komen.

Arsat dan Noraini Morat
Pengalaman dalam tarian?
Tiada

*Arsat ni bekas pemain bola (selangor). Bleh ke pemain bola menari? Adakah same ngn Azman Adnan(musim pertama)? Marilah kite sama-sama saksikan.

Sabrina Ali & Shahrin
Pengalaman dalam tarian?
SABRINA – pernah mengadakan persembahan tradisional
dan moden semsa sekolah rendah. Ahli pasukan sorak di sekolah menengah dan ahli Kelab Tarian di kolej.
SHAHRIN – TIADA

*gaya Sabrina ni mmg cam pandai menari, tgk je liuk lentuk nye. Hubby dia plak tak ade pengalaman, camne la ghupenye yer? huhuhu..

Jamal & Faridah

Pengalaman dalam tarian?
Jamal – Mengambil kursus Tarian Moden di kolej
Faridah – Penari joget dan zapin di universiti

*haaa.. amek ko. Masing-masing ade pengalaman dlm bidang tarian. Tapi bleh lagi ke menari? T'guuuuuuu.. hiks!

Khai & Rosma

Pengalaman dalam tarian?
Khai pernah mempunyai sebuah kumpulan bergelar (KLC - Kuala Lumpur City) yang sering memenuhi masa lapang dengan aktiviti manakala Rosma berminat dengan tarian kerana pernah menyertai Yayasan Kuantan sebagai penyanyi dan pada masa yang sama memerlukan beliau menari

*khai dan rosma ni dh tentu tau basic tarian, dlu kt AF mesti dh blajo. =)

Lisdawati & Fauzi
Pengalaman dalam tarian
Tiada pengalaman

*ni lagi takdo pengalaman. Sorang pengarah, sorang lagik pelakon. Bleh ke manari nih? hmm..

Mazin & Manisa
Pengalaman dalam tarian?
hanya sedikit pengalaman menari secara sosial

*pasangan ni aku kurang kenal ckit. Tapi si Mazin ni salu nmpk dlm iklan2. erk?

Amyza Adnan & Izhar

Pengalaman dalam tarian?
Tidak pernah terlibat secara serius dalam mana-mana pertandingan tarian tetapi berminat untuk mempelajarinya.

*pasangan ini plak? bleh ke menari? T'gu je lah.. ;)

Ani Mayuni & Zairi
Pengalaman dalam tarian?
Tiada

*Ani Mayuni ni bleh nari kot, mungkin la. Suami dia ni plak?? hmm

Ashed & Shima
Pengalaman dalam tarian?
Ashed tidak pernah mempunyai pengalamn dalam menari manakala Shima pernah terlibat secara tidak langsung dalam bidang tarian menolong makciknya yang juga merupakan isteri kepada Pak Ngah

*Ashed ni buleh ke nari, yelakan penyanyi rock. Huhu! Tak sabo mau tgk. =)


Sumber : Astro

0 comments: