Friday, October 31, 2008

jOM LAYAN

PACKIK KORDI + KAMBING BIRI BIRI

Temubual seorang pemuda dengan pakcik Kordi si pengembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik... Boleh saya tanya beberapa soalan?

Pakcik Kordi : Boleh aje..

Pemuda : Berapa Jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?

Pakcik Kordi : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih..

Pakcik Kordi: kalau yang putih berjalan lebih kurang 6 kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik Kordi : Yang hitam pun sama..

Pemuda : Berapa banyak plak rumput yang biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik Kordi : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih..

Pakcik Kordi : Ah, yang putih makan lebih kurang 4 kilo rumput setiap hari..

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik Kordi : Yang hitam pun sama

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka boleh hasilkan dlm setahun

Pakcik Kordi : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih…

Pakcik Kordi : Aaa..yang putih menghasilkan sekitar 6 kilo bulu dlm setahun..

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik Kordi : Yang hitam pn sama…

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yang putih dgn yang hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik Kordi : Mestilah..sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya..

Pemuda : Ooo..gitu ke..abis tu yang hitam tu sapa punya?

Pakcik Kordi : Yang hitam pun sama..

Wakakakaka….!!!

Friendly Bola Lagi

Semalam Pejabat aku HEPA FC buat satu lagi friendly bolasepak ngan Pejabat perpustakaan tempat keje aku....game nie pon mengejut jek..lepas friendly ping pong kat PD, Game bola plak...wife aku dah bising sbb barang rumah banyak dah abis...dia nak ajak aku pegi masa ada game kat PD ari tu...tak dapat laah nak gi...aku janji ngan dia semalam nak gi TESCO, x dapat lagi sbb ada game bola...tapi ari nie aku dah bawak dia gi tesco dah...kul 3 aku gerak, jangan bagitau bos aku ponteng keje petang...heheheh...hmm lupa plak nak bagitau keputusan game bola semalam

HEPA FC 3 LIBRARY 1

minggu depan ada perjumpaan ngan pemain takraw universiti..kita org nak start traning bagi persiapan ke sukan staf antara universiti...
ikut aku dah malas dah nak wakil UTeM lagi..bukan dapat apa...tapi kengkawan aku semangat nak pegi,aku layankan gak...
ok laah....ngantuk nie...tata

Thursday, October 30, 2008

Perlawanan Persahabatan Ping Pong


Salam semua...

PERLAWANAN PERSAHABATAN UTeM ( HINOKI CLUB ) VS PPD ( POLITEKNIK PORT DIKSON )

Semalam ialah hari yang ke2 kali aku berlawan dalam sukan ping pong,walaupon perlawanan persahabatan, tapi debarannya sama seperti perlawanan sebenar..
aku diberi tanggungjawab menggalas beregu pertama kelab HENOKI ( kelab ping pong yang aku selalu training )aku bersama patner aku Ahmad Zaki turun dengan jersi serba biru menentang pasukan Politeknik Port Dikson. Kesungguhan beregu aku nampaknye telah berjaya menewaskan regu lawan dan memberi mata kepada pasukan HINOKI..

keputusan penuh
HINOKI 6 PPD 5

MAJULAH HiNOKI KIKIKIKI UNTUK UTeM

Wednesday, October 29, 2008

TALASEMIA


SALAM...
SEMALAM SEKALI LAGI ANAK AKU KENE CEK DARAH KAT HOSPITAL JASIN...
ANAK AKU DIKENALPASTI SEBAGAI PEMBAWA PENYAKIT TALASEMIA...DIA DAPAT PENYAKIT TU DARI AKU....AKU SEBENARNYA TAK TAHU AKU NIE PEMBAWA PENYAKIT TALASEMIA..DALAM TAHUN LEPAS SELEPAS DI UJI DARAH AKU BARULAAH AKU TAU AKU SALAH SEORANG PEMBAWA PENYAKIT NI...NASIB BAIK ISTERI AKU TAK MENJADI PEMBAWA PENYAKIT INI...KALAU TAK ANAK AKU UNTUK MENDAPAT TALASEMIA MAJOR AMAT TINGGI...PENYAKIT NIE TERBAGI KEPADA 2 IAITU PEMBAWA ( MACAM AKU & ANAK AKU ) DAN PENGIDAP TALASEMIA IAITU TALASEMIA MAJOR.
KEADAAN ANAK AKU SEKARANG NIE ALHAMDULILLAH.....SEPERTIMANA AKU YANG MEMBAWA TALASEMIA NI....




KETERANGAN LANJUT MENGENAI TALASEMIA CLIK TALASEMIA

Monday, October 27, 2008

XTVT hujung minggu lepas





Minggu lepas aku rasa minggu aku yang padat...mana taknye..mingg lepaslaah adanya Kenduri kawin sepupu aku, Open House kat Opis Isteri aku, Open house pej aku,member aku,Kenduri hari jadi anak buah aku.....sekali serentak minggu tu...

kat sini aku nak ucapkan

1. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HAFIZ & AS
SEMOGA KEKAL KE HUJUNG HAYAT......

2. SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK BUAH AKU
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI


BUAT KORANG YANG BACA BLOG AKU NIE PLAK AKU DOAKAN KESEJAHTERAAN KORANG DUNIA & AKHIRAT

Saturday, October 25, 2008

BACA BUKU

jom baca buku
clik BACA

Open House & Kenduri Kawin

dah nak abis syawal masih ada lagi open house...semalam aku berkesempatan ke rumah Razmi (member satu tempat keje) yang terletak di merlimau...sampai sana ramai plak member yang baru sampai,takde laah segan sangat nak makan,rumah dia tingkat 4,kene naik tangga..fuh..seksa nak naik,kalau rumah aku tingkat 4 , lif plak takde, mesti aku dah kurus skrg nie..hehehehe nasib baik Zaki ada smlm..kalau tak mana laah aku tau rumah dia kat mana, tapi nak tunggu zaki siap macam pompan,janji kul 8 aku datang sana,sampai rumah dia baru nak mandi.....sedap gak makanan die...tapi anak2 aku tak dok diam..risau aku bila dia main tepi rumah,maklumlaah 4 tingkat..aku tengok bawah dah gayat...ari nie aku dok rumah sbb mem aku keje pagi,anak2 dia bawak pi taska sekali,ptg nie aku nak pi merewang kat rumah sepupu aku kat muar plak...malam nie dia nikah...SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT HAFIZ...esok Kenduri kat sana...esok aku pagi2 akan gerak ke muar, tolong apa yang patut..esok ptg plak opismate aku buat open house kat alor gajah...tak tau laah sempat ke tak aku kesana.....
oklaah...aku nak sambung tengok ulangan Akademi Fantasia kat astro...
tata