lama betul aku menyepi..sekarang ada orang nak minta tolong ajarkan dia buat blog..nie sebagai contok kat dia nak popstkan something dalam blog dah cara nak upload gambar masuk ke dalam blog..i try...
Friday, January 29, 2010
sekian lama menyepi
Posted by boboiz at 3:04 PM 0 comments
Friday, April 10, 2009
BErtukar Ke BoBoIz.cOm
Lawatlah BOBOIZ.COM semuanya ada di sana
Labels: .com, boboiz.com
Posted by boboiz at 9:00 AM 1 comments
Tuesday, April 7, 2009
gambar2 aku boboiz ( kenangan tu...)
Labels: boboiz servis kuda, boboiz.com, sepaktakraw
Posted by boboiz at 9:08 PM 3 comments
Wednesday, January 21, 2009
Bertukar ke www.boboiz.com
Salam semua...sekarang nie akuboboiz bertukar sepenuhnya ke www.boboiz.com
harap korang lawat blog nie...
arois
Posted by boboiz at 8:49 AM 1 comments
Sunday, January 11, 2009
Putra - Kain Cinta Putih
klik pada lagu kalau nak download lagu nie...
Putra - Kain Cinta Putih.mp3
Labels: download, kain cinta putih, putra
Posted by boboiz at 11:49 PM 0 comments
Saturday, January 10, 2009
SELASIHKU SAYANG
Sekali Sekala Layan Gak Lagu nie...heehha
Labels: ahmad jais, rafeah uang, selasihku sayang
Posted by boboiz at 9:58 PM 0 comments
Raja Lawak 3
KUALA LUMPUR, 10 JAN 2008: Ahmad Faizlam Alam, 30, atau Mat dan Shamsir Mohd Shahar,32, (Syem) terpaksa akur apabila menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling rendah, sekali gus menjadi peserta pertama yang meninggalkan program realiti Raja Lawak 3.
Pengumumannya dibuat oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 3, Fauziah Nawi pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak 3 yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, saluran Astro Prima (saluran 105), di sini, malam tadi.
Agak mengecewakan bagi Mat, apabila ini adalah minggu kedua berturut-turut dia tersenarai pada kedudukan 3 tercorot atas persembahan kurang menghiburkan.
Namun satu keputusan mengejutkan buat Syem. Walaupun memberikan penyampaian jenaka lebih segar serta berkeyakinan dengan 2 penampilan iaitu lelaki dan perempuan, namun namanya turut diundi keluar pada minggu ini.Turut tersenarai di tangga 3 tercorot ialah Adam dengan lawak azamnya yang turut kurang mendapat gelak ketawa daripada peminat.
Minggu ke-2 Gelanggang Raja Lawak 3, masih membariskan 12 peserta bersama tema jenaka bertemakan azam yang mengkehendaki mereka membuat persembahan selama 2 minit di atas pentas.
Sementara itu, peserta cilik kelahiran Kelantan, Mohd Amirullah, 20, (Amir) telah menjadi peserta yang menerima undian SMS terbanyak peminat, diikuti kumpulan Sepah dan Chot.
Turut menyerlah dengan jenaka yang padat dan segar ialah peserta wanita, Rafizzan Yaacop atau Yann, di mana persembahannya yang bertenaga itu telah mendapat pujian daripada 3 juri tetap Raja Lawak 3 iaitu Zaibo, Fauziah Nawi dan Shamsul Ghau Ghau.
Kumpulan LNJ juga tidak kurang hebatnya dengan kombinasi serasi anggota kumpulan berkenaan Afzan Saffuzn Ahmad dan Wan Sharizon Rahim.
Sementara itu, untuk mengundi secara SMS, taip LAWAK atau LAWAK <3/5/10> untuk undian secara pukal 3;5 atau 10 ke 32999.
Bagi undian ke talian tetap pula, undian boleh dibuat dengan mendail 13701/13703/13705/13710 untuk undian pukal 1;3;5 atau 10 undian dan ikut arahan yang disertakan.
Labels: astro, raja lawak
Posted by boboiz at 9:23 PM 0 comments
Friday, January 9, 2009
Wednesday, January 7, 2009
Zuhairy Dah Sekolah dah
Bila hantar anak aku masuk sekolah senin lepas teringat aku masa aku dihantar oleh mak aku pegi sekolah dulu....macam nak same jek situasinye....Sebenaunye risau gak aku bila tiba masa aku nak hantar dia ke sekolah..aku risau dia taknak pegi jek...pagi tu awal2 dah kejutkan dia, mandi, sarap..dia mana pernah sarap kul 7 pagi..selalu dia bgn tido kul 10 pagi..heheh,pagi tu makan laah roti yang mak dia buatkan..masa nak hantar nampak muka dia macam dah berat je nak gi sekolah,sampai sekolah isteri aku yang temankan dia kat dalam, aku dok luar perhatikan gelagat budak2 yang datang,aku ingatkan zuhairy yang paling takut nak ke sekolah..rupa2 nya ramai lagi budak yang seangkatan dengan nya..bila mau dia kata nak balik, buat alasan nak masak...terus dia kata dia lapar, dia nak balik makan..heheheh pandai gak dia cari alasan nak balik..bila ada budak dah mula menangis..apa lagi, gamatlaah sekolah tu dengan tangisan budah2 yang lain termasuk anak aku..cikgu tadika tu suruh gak semua mak balik,tinggalkan anak kat dalam..bila je mak dia keluar,lagi kuat anak aku nangis, sampai muntah kat dalam tadika tu...habis baju melayu yang dia pakai pagi tu kotor,nasib baik dekat jek rumah aku ngan tadika..kene lah angkat baju lain gantikan baju yang kotor tu, masa dia balik aku tunggi depan sekolah...aku tengok senyum je dia....dah ok laah tu, dia bagitau dia nangis kejap jek..badan dia macam takut jek...
hari kedua, senang jek bila nak hantar dia gi sekolah...
balik pon takya aku nak jemput sebab aku dah pesan orang yang jaga anak aku pi ambik dia sekali ngan anak dia tumpang rumah dia, sekarang aku dah tak risau lagi dah....
Posted by boboiz at 10:07 AM 0 comments
Tuesday, January 6, 2009
streamyx
Akhirnya aku daftar gak streamyx utk rumah aku...selama nie asik tompang wireless rumah cikgu depan rumah aku jek...kalau dia on, dapat laah aku bukak internet, macam sekarang ni..heheh, kalau dia tak bukak or takde kat rumah tak dapat lah den nak nolong ....petang tadi bertemankan zaki, kami pergi ke banggunan baru TM berhampiran MITC Ayer Keroh, Lepas tengok pakej yang ditawarkan, setuju laah aku untuk melanggan streamyx, tapi kene pasang dulu tel rumah..menurut kata dia, 2 atau 3 hari baru bleh pasang tel rumah, lepas tu barulah streamyx akan dipasang, jadi buat masa sekarang nie aku berharap pada cikgu depan rumah aku nie untuk aku melayari dunia tanpa sepadan nie..
* tak sabar nak tunggu streamyx sendiri...
Posted by boboiz at 10:01 PM 0 comments
Sunday, January 4, 2009
www.boboiz.com
www.boboiz.com adalah kesinambungan dari blog aku nie..dengan adanya boboiz.com aku berharap dapat lagi mempertingkatkan pengetahuan aku dalam dunia blogging nie..untuk mempertingkatkan pengetahuan aku,aku mengaharapkan tunjuk ajar korang semua untuk membantu aku...terutama ahmad zaki on www.zaki.com.my
harap korang layari gak boboiz.com, tapi sekarang dalam pembikinan...
tata
Posted by boboiz at 9:35 PM 0 comments
Wednesday, December 31, 2008
jinbara - LIRIK LAGU PATRI
Lirik Patri - Jinbara
Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara
Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman
Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya
Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo
Posted by boboiz at 11:01 AM 0 comments
APA YANG PEREMPUAN FIKIRKAN YANG PERLU LELAKI TAHU
1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..
2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..
3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..
4) Setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..
5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..
6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!
7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!
8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.
9) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!
10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.
11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!
12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..
13) Perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.
14) Pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!
15) Jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..
Posted by boboiz at 10:47 AM 0 comments
Tuesday, December 30, 2008
Selamat Tahun Baru Hijrah & Masihi
Dikesempatan yang ada nie, Saya Ahmad Affenday Bin Mohamed Sani & keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada Seluruh umat islam dan pembaca blog nie....
semoga kedatangan tahun baru kali ini membuatkan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan yang lebih mencabar.
Labels: hijrah, masihi, tahun baru
Posted by boboiz at 10:17 PM 0 comments
Thursday, December 25, 2008
Stoke City vs Manchester United (BPL)

Stoke City vs Manchester United (BPL)
Mari kita teruskan dengan kemenangan yang bergaya sepertimana 1st leg liga di mana kita menang besar 5-0..
Stoke City vs Manchester United
Jumaat 26/12/2008
0845 Malam
Mari kita beramai2 menyaksikan game ni...
Posted by boboiz at 6:46 PM 0 comments
balik kampung
Salam semua..aku la nie ada kat Sungai Petani, Kedah...balik melawat pak mertua aku yang sakit kat sini....ari ni dah 3 hari aku kat kedah ni,tak pi mana pon, dok rumah jek...dah tak tau nak pi jalan mana,ni aku kat kedai Hussain Nasi Kandar ngan anak aku Zuhairy...lepak2 makan roti canai,bukan jauh pon ngan rumah aku..jalan kaki jek,
ok laah roti canai aku dah sampai dah...nanti sejuk plak...tata
doakan kesihatan pak mertua aku yek...
tata
Labels: balik kampung, hussain nasi kandar, kedah
Posted by boboiz at 6:33 PM 0 comments
Wednesday, December 17, 2008
SUKAN UNIVERSITI ASEAN 2008 ( AUG )
SALAM SEMUA....
PAGI NIE AKU AKAN BERTOLAK KE KUALA LUMPUR UNTUK MEMANTAU ATLET UTeM YANG MEWAKILI NEGARA KDI KEJOHANAN INI . ACARA YANG DIWAKILI OLEH ATLET DARI UTeM IALAH
- OLAHRAGA = 2 ORANG
- FUTSAL = 2 ORANG
- BOLA SEPAK = 2 ORANG
SEBENARNYA AKU PON TAK TAU APA MOTIF AKU MEMANTAU ATLET DARI UTeM NI, TAPI BOS DAH SURUH PEGI TENGOK- TENGOKKAN, PEGI JE LAAH....
AKU AKAN BERTOLAK DALAM KUL 10 PAGI JAP LAGI....
OK ARIOS...
Posted by boboiz at 9:31 AM 0 comments
Thursday, December 11, 2008
DEmAM
Demam, sakit kepala, sakit sendi, perut memulas, cirit birit, tekak loya, muntah2, pening kepala...tu yang aku hadapi 2 hari lepas,aku pon taktau apa punca aku jadi camtu yang akau tau, isteri aku, family aku kat kampung pon semua kene cirit birit...aku rasa karacunan makanan bila makan nasi impit ngan kari yang mak aku masak...itu tanggapan aku jek...sebenarnye memang seksa kalau demam camnie..kalau setakat demam jek tak kisah nie siap ngan pakej sekali...tu yang aku tak tahan...anak aku yang kecik tu alhamdulillah...sebab dia tak makan ketupat kat rumah mak aku masa raya ari tu, anak aku yang sulung je yang makan ,tu yang dia pon demam ngan berak2.aku arie nie kene jadi fasilitator utk program outdoor kat ulu yam...terpaksa laah aku tolak job tu....kalau isteri aku tak sakit aku bleh gak pegi sbb skrg aku dah beransur sembuh...tapi selera nak makan lum terbuka lagi, dah 2 hari aku tak makan apa apa pon, isteri & anak aku pon sama...
ari nie aku nak kluarkan peluh...nak main ping pong tgh hari karang...aku taknak demam lagi...
korang doakan lah kami semua cepat sembuh seperti sediakala...
thanks...
Posted by boboiz at 8:48 AM 0 comments
Wednesday, December 3, 2008
PTK
ari nie 3/12/08 exam PTK akan diadakan pukul 9-10 pagi nie...
apa pon aku tak baca, ingat aku tak angkat exam nie sebab nak kene gi bengkel kat bukit merah semalam,tapi bengkel tu dibatalkan atas sebab yang aku tak tau...nie aku tengah nak tunggu kul 9 pagi, bukan nye aku xnak baca buku, apa yang aku nak baca pon tak tau...tonggal 12,cuti, ntah apa apa lagi semua aku tau...tapi tau tajuk die je laah.heheh,tapi jawapan dia A,B,C,D..hentam je laah...
Posted by boboiz at 8:17 AM 0 comments






