Wednesday, October 22, 2008

Perlawanan Persahabatan Bolasepak HEPAfc vs FKMfc

Salam...nie aku baru balik dari perlawanan persahabatan bolasepak antara pejabat aku iaitu HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI ( HEPA ) dan Fakulti tempat keje aku iaitu FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL ( FKM ) UTeM.

keputusan HEPA FC (3) FKM (2)

tahniah diucapkan kepada pemain HEPAFC yang beraksi walaupon tiada pemain gantian berbanding pasukan lawan yang jumlah pemainnya melebihi 18 orang...semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain HEPAFC tidak boleh dipertikaikan lagi walaupon bermain dalam keadaan hujan....harapan pasukan FKM untuk menuntut bela atas kekalahan pada perlawanan persahabatan terdahulu nampaknye belum tercapai...untuk pasukan FKM cuba lagi...

kita jumpa pada perlawanan akan datang...ARIOS
layarilah web HEPAFC

Ping Pong

adush...
arie nie lupa plak bawa bad ping pong...
leceh betul laah ...nak main tgh hari nie pon tak bleh
cam mana bleh lupa nie.....nie aku tgh tgk kawan2 aku main ping pong,aku nak main dah tak bleh...nak pinjam bad orang takut plak...sbb arie tu aku dah rosakkan member aku nye bad...bukan murah bad dia tu...aku nye plak smlm aku dah terketuk kat table ping pong...abis patah...getah plak terkopek...tu yang aku bawa balik bad aku kat rumah...
tension tak dapat main ping pong arie nie.....

Monday, October 20, 2008

Sehati Berdansa Musim ke 2

Tahun nie aku pilih Mazin..sebab mazin kawan masa sekolah Menengah dulu
Sek Men Keb Gajah Berang Melaka...
Kawan mesti sokong kawan kan...hehhe


Sehati Berdansa adalah program hiburan yang menampilkan personaliti popular Malaysia menari berpasangan di hadapan penonton. Mereka akan mempersembah tema tarian yang ditetapkan setiap minggu.

Cerita di sebalik tabir persiapan mereka di rumah atau di studio pasti menyentuh jiwa penonton.Penonton juga akan didedahkan kepada persekitaran kehidupan seharian personaliti dan pasangannya.

Setiap pasangan akan menari untuk pusat kebajikan yang telah ditetapkan untuk mereka. Penaja akan mendermakan sejumlah wang sekiranya mereka berjaya meneruskan persaingan.

10 selebriti bersama pasangan masing-masing akan menonjolkan bakat terpendam mereka untuk menari. Mereka 20 individu yang datang daripada latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Namun, hanya SATU (1) pasangan selebriti yang bakal bergelar Juara Sehati Berdansa Musim Kedua.

Sasha & Salyo
Pengalaman dalam tarian?
Sasha pernah menyertai kumpulan Elite dan Salyo pernah mengadakan persembahan R&B sebelum menubuhkan kumpulan yang memenangi anugerah iaitu REBEK. Kami berdua gemar menari tetapi tidak pernah terfikir untuk melakukannya secara professional. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik untuk program ini.
*adakah pasangan ini mungkin akan jd juara?? hmm.. no komen.

Arsat dan Noraini Morat
Pengalaman dalam tarian?
Tiada

*Arsat ni bekas pemain bola (selangor). Bleh ke pemain bola menari? Adakah same ngn Azman Adnan(musim pertama)? Marilah kite sama-sama saksikan.

Sabrina Ali & Shahrin
Pengalaman dalam tarian?
SABRINA – pernah mengadakan persembahan tradisional
dan moden semsa sekolah rendah. Ahli pasukan sorak di sekolah menengah dan ahli Kelab Tarian di kolej.
SHAHRIN – TIADA

*gaya Sabrina ni mmg cam pandai menari, tgk je liuk lentuk nye. Hubby dia plak tak ade pengalaman, camne la ghupenye yer? huhuhu..

Jamal & Faridah

Pengalaman dalam tarian?
Jamal – Mengambil kursus Tarian Moden di kolej
Faridah – Penari joget dan zapin di universiti

*haaa.. amek ko. Masing-masing ade pengalaman dlm bidang tarian. Tapi bleh lagi ke menari? T'guuuuuuu.. hiks!

Khai & Rosma

Pengalaman dalam tarian?
Khai pernah mempunyai sebuah kumpulan bergelar (KLC - Kuala Lumpur City) yang sering memenuhi masa lapang dengan aktiviti manakala Rosma berminat dengan tarian kerana pernah menyertai Yayasan Kuantan sebagai penyanyi dan pada masa yang sama memerlukan beliau menari

*khai dan rosma ni dh tentu tau basic tarian, dlu kt AF mesti dh blajo. =)

Lisdawati & Fauzi
Pengalaman dalam tarian
Tiada pengalaman

*ni lagi takdo pengalaman. Sorang pengarah, sorang lagik pelakon. Bleh ke manari nih? hmm..

Mazin & Manisa
Pengalaman dalam tarian?
hanya sedikit pengalaman menari secara sosial

*pasangan ni aku kurang kenal ckit. Tapi si Mazin ni salu nmpk dlm iklan2. erk?

Amyza Adnan & Izhar

Pengalaman dalam tarian?
Tidak pernah terlibat secara serius dalam mana-mana pertandingan tarian tetapi berminat untuk mempelajarinya.

*pasangan ini plak? bleh ke menari? T'gu je lah.. ;)

Ani Mayuni & Zairi
Pengalaman dalam tarian?
Tiada

*Ani Mayuni ni bleh nari kot, mungkin la. Suami dia ni plak?? hmm

Ashed & Shima
Pengalaman dalam tarian?
Ashed tidak pernah mempunyai pengalamn dalam menari manakala Shima pernah terlibat secara tidak langsung dalam bidang tarian menolong makciknya yang juga merupakan isteri kepada Pak Ngah

*Ashed ni buleh ke nari, yelakan penyanyi rock. Huhu! Tak sabo mau tgk. =)


Sumber : Astro

PaU YiK MuN


Korang pernah dengar tak Pau YIK MUN? yang tak pernah dengau tu...Pau nie terletak di Tanjung Malim....memang terkenal pau nie...aku dah lama dengau cerita nie...cuma nak pegi tanjung malim tu tak kesampaian lagi....tapi minggu lepas aku baru berkesempatan ke sana...itupon nasib baik ada game silat kat UPSI, aku ditugaskan mengiring student utem ke kejohanan tu...target aku kat sana aku nak cuba try test pau tanjung malim...mula2 cuak gak nak makan sebab nama pau tu YIK MUN...kalau nama Ahmad Pau ke..tadelah cuak heheheh...tapi jangan risau...pau tu ditanggung HALAL.,FUH rasa pau dia lembut jek...macam murtabak pon ada...aku makan pau ayam ngn pau daging.....rege dia rm 1.60 sebiji.korang kalau nak gi...tempat dia dekat ngan upsi, berhadapan dengan hotel cahaya...aku kalau berkesempatan ke sana lagi aku akan cari pau tu lagi...
arios...

Kejohanan Silat UPSI

Salam Semua...ari nie aku baru masuk opis selepas balik dari Kejohanan Silat kat UPSI 16-19 / 10 lepas....Bukan aku yang bersilat, tapi bawak student aku bersilat...keputusan macam yang aku jangkakan...pasukan silat utem tewas pada pusingan awal....keputusan bukan ukuran sebab ramai muka baru dalah team.tapiseronok gak bawak budak2 silat nie....disiplin tinggi,ada semangat juang...

Wednesday, October 15, 2008

HTO.....Vs BULUHMAS

yang nie pon sama dengan je dengan buluhmas tu...
bagi yang tak tau laah.....yang tau tu
LU FIKIRLAH SENDIRI!!!! HEHEHEH


2 biras didakwa kes wang haram RM61j

Tertuduh didakwa buat bayaran beli BMW, firma

MELAKA: Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing lebih RM45 juta dan RM16 juta.

Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063, manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.

Mohd Riezuan didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya untuk membayar pinjaman kereta BMW 318i; bayaran pinjaman rumah berkembar dua tingkat di Taman Permatang Pasir Permai, Alai; deposit pembelian rumah kedai tiga tingkat di Taman Semabok Perdana, Semabok; pembelian Restricted Mudharabah Sructured Investment CIMB Islamic Bank; dan pembelian sijil Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit CIMB Bank Berhad.

Dia didakwa melakukan kesalahan antaranya di Public Bank Berhad, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; di CIMB Bank Berhad Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; Malayan Banking Berhad, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah; dan Tactical Plus Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Malim Jaya di sini di antara 1 Oktober 2006 dan 21 Feb 2008.

Basri pula didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram antaranya bagi pembelian Restricted Mudharabah Sructured Investment CIMB Islamic Bank; bayaran deposit pembelian kereta jenis BMW525 Sedan E60; pembelian sijil Floating Rate Negotiable Instrument of Deposit CIMB Bank Berhad; deposit pembelian rumah berkembar dua tingkat di Taman Permatang Pasir Permai,Alai; pembelian unit amanah HwangDBS Global Infrastructure Fund; dan pembelian unit amanah Mayban Income Trust Fund.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu, di antaranya di HSBC Bank Berhad, Jalan Hang Tuah; CIMB Bank Berhad, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka Batu Berendam; Malayan Banking Berhad, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah; dan Seong Hoe Premium Motors Sdn Bhd, Jalan Semabok di antara 6 Februari 2007 dan 14 Disember 2007.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang lesen sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.

Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah. � Bernama

BuLuHmas vs HTO

KES NIE MACAM KES HTO YANG TERKENAL KAT NEGERI MELAKA SETAHUN YANG LEPAS......
LEPAS KENE SIASAT OLEH BNM TETAP ADA URA2 DIA AKAN BAYAR BALIK....SIASAT JEK....TAPI SAMPAI SEKARANG NIE...TAKDE APA APA CERITA LAGI YANG AKU DENGAR...

BuluhMas diarah tidak ambil ahli baru

TANJONG KARANG 14 Okt. - Syarikat BuluhMas Sdn. Bhd. (BuluhMas) yang disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) kerana didakwa mengambil deposit secara haram dan mirip kepada skim cepat kaya, diarah menghentikan sementara operasi pengambilan ahli baru selama tiga bulan.

Setiausaha syarikat itu, Abu Bakar Abu Hassan berkata, arahan itu yang berkuatkuasa semalam turut tidak membenarkan BuluhMas menjelaskan bayaran upah kepada promoter dan wakil negeri, sehingga siasatan selesai.

Bagaimanapun dalam tempoh itu, operasi syarikat berkenaan termasuk jualan runcit menerusi pasar mininya, BuluhMas Mart masih diteruskan seperti biasa.

Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan mengemaskinikan akaun syarikat bagi memudahkan BNM menyiasat syarikat itu yang didakwa melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang melarang individu menerima dan mengambil deposit tanpa lesen.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, kita menghentikan operasi membayar upah dan pengambilan ahli baru sehingga siasatan selesai manakala operasi lain berjalan seperti biasa.

"Kita berharap siasatan dapat diselesaikan lebih awal kerana banyak pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bergantung kepada BuluhMas," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat BuluhMas di Taman Raden Jaya di sini hari ini.

Berpuluh wakil negeri dan promoter BuluhMas menyerbu ibu pejabat itu hari ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkembangan syarikat berkenaan setelah BNM semalam menyerbu empat syarikat dipercayai menjalankan skim cepat kaya menerusi Internet.